Rabu, 30 Julai 2014

Petunjuk Untuk Mambuat Pilihan Yang Terbaik Dalam Hidup Kita...!

Salam Sejahtera...

Saya ada terbaca dalam satu buku-EBookNiaga.. bahawa Hubungan kita dengan Allah perlu dijaga dengan baik..

Dengan itu, disarankan kepada kita untuk minta petunjuk dari Yang Maha Esa sebelum kita membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan kita.

Saya diberikan panduan untuk membuat keputusan yang terbaik dengan membuat Solat Tahajjud secara konsisten. Inilah Modal Utama kita sebelum memulakan sesuatu urusan. 

Ramai usahawan yang berjaya terdiri daripada Usahawan yang Bertakwa. Kerana doa sepertiga malam yang terakhir adalah doa yang paling dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Pemurah.

Jadi....

Rajin-rajinlah bangun solat Tahajjud...


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD 
1.Diberikan keistimewaan oleh Allah
Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan oleh Allah swt. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh allah swt dalam firmanNya seperti yang telah termaktub didalam al-quran ertinya:
“Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sam orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orng-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
Az-Zumar:009
2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit
Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan dapat menghindari penyakit dari tubuh badan kita
Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebus segala keburukkan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan